Senin, 29 Februari 2016

SIAPA YANG KAYA, SIAPA YANG MISKIN?


🌿Siapakah orang yang sibuk?

 👉Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman 'Alaihissalam

 🌿Siapakah orang yang manis senyuman nya?

 👉Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.”

 👉Lalu sambil berkata, “Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.🌿Siapakah orang yang kaya?

 👉Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

 🌿Siapakah orang yang miskin?

 👉Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan senantiasa menumpuk-numpukkan harta.

 🌿Siapakah orang yang rugi?

 👉Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

 🌿Siapakah orang yang paling ganteng/cantik?

 👉Orang yang paling ganteng /cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

🌿Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

 👉Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh mata memandang.🌿Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

 👉Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

 🌿Siapakah orang yang mempunyai akal?

 👉Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak karena telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.Semoga yang singkat ini bermanfaat….

 

Tidak ada komentar: